Jumaat, 14 Mac 2014

BERFAEDAH BERSATU


“Lebihkan sabar dari marah”
Otak kena kerah
Menyelesaikan masalah
Bersabar disuruh Allah
Allah beserta orang yang sabar
Penzalim suka mencabar
Maklumat palsu suka disebar
Emosi rakyat mahu dibakar
Dengan provokasi
Melampau
Dipandang dingin orang-orang surau
Sembelih ayam hitam dan
Siram darah ke poster besar
Ada gambar orang-orang tertentu
Tapi rakyat ingin bersatu
Bersatu dalam kepelbagaian
Melayu; Cina; India; Iban & Kadazan
Mahu berkenal-kenalan
Mahu tuju satu jalan
Keadilan dan kedamaian
Serta
Makmur dan berkebajikan
Boleh bila
Kuasai Kerajaan Persekutuan



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan