Ahad, 16 Mac 2014

BERTUKARLAH UNTUK BAHAGIA


‘Orang yang bahagia menyediakan waktu untuk
beramal, kerana beramal itu pangkal kejayaan”
Allah mencipta manusia
Dengan sebaik-baik kejadian
Diatasnya akal fikiran
Ditegakkan dengan ilmu pengetahuan
Disuburkan dengan amalan
Dirintangi ranjau sepanjang jalan
Setiap hari elok berjalan
Sambil berjalan
Memikirkan kejadian Tuhan
Serba serbi keajaiban
Siti Khatijah sanggup berkorban
Kerana menyahut suruhan Tuhan
Terkandung dalam Al-Quran
Dimulai dengan ayat
”Bacalah”
Bila tahu membaca
Baru dapat cahaya
Boleh tawan Putrajaya
Menguasainya ialah suatu kejayaan
Membawa kebajikan
Kepada rakyat sekelian
Melayu; Cina; India; Iban dan Kadazan
Semua mahu kejayaan
Dimulai dengan perubahan
Dengan menguasai Kerajaan Persekutuan
Inilah sebaik-baik amalan
Menggantikan kezaliman
Menggantikan penipuan
Dengan kebenaran dan keadilan
Cerah masa hadapan
Teruskan dengan kebenaran
Tiga segi Bermuda jadi kenyataan
Semuanya dengan izin Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan