Jumaat, 21 Mac 2014

MEMBUNUH JIWA

Manusia dicipta oleh Allah
Dengan sebaik-baik kejadian
Ada jasad
Ada roh
Buat apa yang disuruh
Jauhi yang haram dan makruh
Ilmu adalah makanan roh
Hadir di majlis ilmu disuruh
Beramal apa yang dipelajari
Juga disuruh
Berbaik sesama manusia disuruh
Menjaga keluarga disuruh
Jauhi bunuh membunuh
Sesama manusia
Disuruh agama
Berlumba-lumba dalam kerja-kerja kebajikan
Rezeki halal saja dimakan
Dalam sungai berenang ikan
Ada baung dan seluang
Dengan ilmu amalan dilaksanakan
Ini tanda seorang pejuang
Membunuh jiwa tanpa sebab
Dikira dosa besar
Dijauhi dengan ilmu agama
Dalam kebajikan bekerjasama
Baru hormat menghormati manusia
Baik Melayu; India dan Cina
Semua mahu hidup bahagia
Dengannya terpeliharalah nyawa
Baru dosa tidak dibawa
Hanya Iblis saja kecewa



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan