Rabu, 5 Mac 2014

BELAJARLAH SELAGI ADA MASA


Jangan hidup seperti kiambang, menjulang ke atas tidak ada kekuatan di bawah”

Orang tua tua Melayu pandai mengubah kiasan
Mengandungi banyak pelajaran
Baik untuk hari kemudian
Menanti dua keadaan
Kelazatan
Kesakitan
Tentu yang ikut nasihat syaitan
Bawa dosa ke akhirat berat bertan-tan
Sakit di akhirat berlarutan
Semasa di dunia menjauhi majlis-majlis ilmu
Cari projek ekonomi tak jemu-jemu
Bila di atas semuanya laku
Termasuk tipu menipu
Melahirkan pengikut pengikut pengampu
Waktu malam pasang lampu
Terang menderang dalam rumah
Berdakwahlah sedaya yang mampu
Beriman dan juga istiqamah



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awwal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan