Isnin, 17 Mac 2014

DOA UNTUK DR. WAN AZIZAH BT WAN ISMAIL


Segala puji bagi Allah; Tuhan semesta alam
Selawat dan salam kepada
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w
Ya! Allah kami yang berkumpul di sini
memohon pertolongan darimu, Ya Allah
supaya Wan Azizah Wan Ismail diberi kemenangan besar
pada PRK  N25 Kajang 23 Mac 2014 ini
Ya! Allah engkau Tuhan yang mengetahui
peribadi hambamu bernama Wan Azizah
seorang hamba yang berakhlak
menutup aurat apabila keluar dari rumah
oleh itu Ya! Allah berilah kejayaan kepada Wan Azizah
supaya beliau boleh menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
Selangor Darul Ehsan
mewakili D.U.N Kajang
Ya! Allah Engkau Maha Berkuasa dan
Maha Bijaksana lagi Maha Ehsan
oleh itu berilah laluan yang mudah bagi
Wan Azizah untuk memenangi kerusi
DUN Kajang dengan membukakan
hati-hati pengundi untuk memangkah
calon yang berlogokan mata
dan dengannya memenangkan ”Kak Wan”
wahai Allah, kami yang berada di pihak kebenaran
dan keadilan ini mengharapkan
benar-benar pertolongan dari engkau
Ya! Allah supaya calon yang mewakili
Pakatan Rakyat iaitu gabungan tiga parti
yang mesra perpaduan kaum dan tolorensi agama
dimenangkan sehingga hilang
wang pertaruhan pihak lawan
inilah permohonan kami
Ya! Allah supaya Wan Azizah binti Wan Ismail
menjadi ADUN  Kajang yang baru
perkenankan doa kami Ya! Allah  
Amin … Amin



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan