Isnin, 17 Mac 2014

BERZIKIR SEBELUM TIDUR


“Tidur itu saudara mati. Tiada apa yang engkau bawa
ketika tidur, kecuali amalan dan angan-angan kosong
yang merugikan. Maka penuhilah kekosongan semasa
hendak tidur dengan berzikir”
Tidur biasa bagi manusia
Dari zaman bayi
Hingga ke zaman tua
Ada tidur sebagai nikmat
Semasa pengantin dalam rumah berdua-duaan
Nikmatnya dirasakan
Hingga ketiduran
Hingga menanti solat subuh
Dibersihkan tubuh
Terangkatlah Hadas besar
Anti Hadis golongan tersasar
Sandaran mereka pihak Orientalis
Berjiwa Iblis
Didakwa SPRM hanya “ikan bilis’
Perasuah berprofail tinggi terlepas pandang
Di akhirat ada Padang
Padang Mahsyar
Rugi pengamal mungkar
Mati yang tak mati
Hidup yang tak hidup
Oleh itu berubahlah sekarang
Tolak pimpinan temberang
Tolak ulama cari wang
Imanpun terbang
Menanti saja lubang
Bila nyawa terbang
Berzikirlah banyak-banyak
Sebelum tidur
Berwudhuklah
Berzikirlah
Berselawatlah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan