Sabtu, 15 Mac 2014

BERSAKSI PALSU


Manusia mulia kerana janji
Janji ditepati
Beramal soleh bekalan mati
Bersih hati
Kepada rakyat mahu berbakti
Dalam pada itu
Manusia mudah lupa
Terutama bila jadi saksi
Hilang visi
Disebabkan inflasi
Bila Nilai Ringgit Malaysia menurun
Bila harga barang-barang
Keperluan harian naik
Saksi dalam kandang
Di Mahkamah mulai goyang
Ingatlah keluarga tersayang
Ingatlah isteri tersayang
Kesusahan hidup jelas terbayang
Bersaksi palsu mudah dapat wang
Ini namanya curang
Saksi boleh dibeli orang
Sudah tentu dengan wang
Imanpun melayang
Aqidah goyang
Lupa dalam kubur hanya diri seorang
Mengerang .... mengerang



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan