Khamis, 20 Mac 2014

BUATLAH APA YANG BAIK


“Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup
selama-lamanya.  Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah
kamu akan mati esok hari”
Kenyataan yang bermanfaat
Diterima yang akal sihat
Tanah perkuburan selalu lihat
Tugu peringatan di Masjid Negara
Kuala Lumpur
Orang beriman dan munafik sentiasa bertempur
Modal yang beriman
Iman dan istiqamah
Modal orang munafik
Cakap tak serupa bikin
Dengan Karl Marx ada yang yakin
Keturunan Yahudi yang anti agama
Diperalatkan kaum pekerja
Digerakkan supaya semua pekerja bersatu
Ditubuhkan kesatuan sekerja
Buku Das Kapital dipuja
Lahirlah pengikut sosialisme
Lahirlah pengikut komunisme
Kedua-dua fahaman ini bermotifkan
Kebendaan dan keduniaan
Bekerjalah mereka seolah-olah
Hidup di dunia ini lama
Lupalah ajaran agama
Dengan penzalim sanggup bekerjasama
Islam tinggal hanya pada nama
Seperti Kassim Ahmad
Seperti Mahathir Mohamed
Secara sengaja mengkritik Nabi Muhammad
Melawan puak ini kita kena berjihad
Beramal untuk akhirat
Selagi ada hayat
Syurga pulalah matlamat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014




Tiada ulasan:

Catat Ulasan