Isnin, 12 Januari 2015

HAJI ABUDUL WAHAB YAHAYA DALAM KENANGAN


Jam 6.30 petang
Hari Isnin, 5 Januari 2015
Haji Abdul Wahab Yahaya dilanggar
kereta di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh
Beliau meninggal jam 4.20 pagi
Di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh
Kereta dari belakang yang merempuh
Rakan-rakan kuliah dhuha mengeluh
Seorang rakan yang baik
Dipuji semua yang mengenalinya
Sekarang berada di alam kubur
Tugas kita yang masih ada umur berusaha
Menambah ilmu
Membanyakkan amalan
Mencintai Allah
Mencintai Rasulullah
Membaca Sirah
Menghidupkan Sunnah
Sunnah Zahir
Sunnah yang nampak
Sunnah tak nampak
Bila ini dilakukan di dalam
Kehidupan harian kita
Tanda kita cinta
Kepada Allah
Kepada Rasulullah
Tetap mendoakan arwah-arwah
Ibu dan ayah
Semoga mereka dirahmati Allah
Wahai Allah
Ampunilah dosa Haji Abdul Wahab bin Yahaya
Jadikan kuburnya bercahaya
Kekal berjaya


HMS ABU BAKAR


1 ulasan:

  1. Assalammualaikum...
    Terima kasih diatas ingatan Pak Salleh terhadap ayahnda kami..
    Jazakallahu khaira.

    BalasPadam