I
1 Januari 2015
Genap umur
Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Lima Puluh Tahun
Kepada Allah rakan-rakan sentiasa
memohon
Dipanjangkan umurnya
Disihatkan badannya
Diteruskan dakwah Islamiahnya
Dikurniakan kesabaran kepadanya
Dengannya mudah menghadapi
orang-orang yang irihati terhadapnya
Mudah pula menghadapi ujian-ujian
berbentuk kerohanian
Dengan penuh kesabaran
Dari Al-Quran ambil pengajaran
Dari sirah ambil pengajaran
Denganya
Mudah Berjaya
Ini Ustaz Wan percaya
Juga murid-murid di Kuliah Dhuha
Meyakini ketahanan Ustaz Wan
II
Burung pipit terbang sekawan
Makan padi pergi ke sawah
Mendengar puisi hati tertawan
Dengannya kita boleh berdakwah
III
Di hari Khamis ini
Diharap Ustaz Wan kekal berani
Menambah bini
Menambah kekuatan rohani
Baru Ustaz Wan disegani
Sama-sama membangunkan masyarakat
madani
IV
Ikan yu ikan pari
Dua jenis ikan laut
Jangan takut menambah isteri
Jika Sunnah Nabi kita ikut
V
Buah rambutan buah pulasan
Nampak serupa berlainan rasa
Di akhirat nanti ada balasan
Untung yang banyak berjasa
VI
Di harijadi kali ke 50 ini
Selamat harijadi
Semoga projek air minuman
“AL-‘UYUN” menjadiHMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan