Ikan cencaru ikan gelama
Hidup berenang dalam laut
Selepas banjir ingin bekerjasama
Bila keadaan dekat maut
Hidup berenang dalam laut
Ada berbagai jenis ikan
Bila keadaan dekat maut
Dengan musuh dijadikan rakan
Ada berbagai jenis ikan
Ada kembung ada yu
Dengan musuh dijadikan rakan
Dikatakan untuk perpaduan Melayu
Ada kembung ada yu
Menjadi saraan para nelayan
Dikatakan untuk perpaduan Melayu
Tuntutan royalti tak dilayan
Menjadi saraan para nelayan
Mendapatkan ikan sebanyak-banyaknya
Tuntutan royalti tak dilayan
Ulama politik cepat percaya
Mendapatkan ikan sebanyak-banyaknya
Terutama nelayan laut dalam
Ulama politik cepat percaya
Maklumlah Melayu itu Islam
Terutama nelayan laut dalam
Pelaburannya berjuta-juta ringgit
Maklumlah Melayu itu Islam
Isu sensitif kemudianlah ungkit
Pelaburannya berjuta-juta ringgit
Boleh juga melalui koperasi
Isu sensitif kemudianlah ungkit
Masalah rakyat perlu di atasi
Boleh juga melalui koperasi
Angkasa tetap menjadi induknya
Masalah rakyat perlu di atasi
Dengan kerajaan campuran agaknya
Angkasa tetap menjadi induknya
Bergabung semua syarikat koperasi
Dengan kerajaan campuran agaknya
Masalah rasuah pun boleh di atasi
Bergabung semua syarikat koperasi
Yang ada dalam negara
Masalah rasuah pun boleh di atasi
Kebajikan rakyat diambil kira
Yang ada dalam negara
Bekerja untuk faedah bersama
Kebajikan rakyat diambil kira
Beramal semua ikut agama
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan