Orang pemurah digelar dermawan
Elok fakir yang berfikir
Baru ingat kuasa Tuhan
Orang pemurah digelar dermawan
Ada dalam mana-mana masyarakat
Baru ingat kuasa Tuhan
Buat suruhan jauhi tegahan
Ada dalam mana-mana masyarakat
Baik di Barat atau di Timur
Buat suruhan jauhi tegahan
Baru manfaat panjangnya umur
Baik di Barat atau di Timur
Bila lapar kena makan
Baru manfaat panjangnya umur
Jauhkan kerja yang bukan-bukan
Bila lapar kena makan
Elok dimulai sarapan pagi
Jauhkan kerja yang bukan-bukan
Tentu di akhirat tidak rugi
Elok dimulai sarapan pagi
Selepas itu mencari rezeki
Tentu di akhirat tidak rugi
Bebas dari sifat dengki
Selepas itu mencari rezeki
Dengan kerajaan atau swasta
Bebas dari sifat dengki
Benar pula bila berkata-kata
Dengan kerajaan atau swasta
Dapat gaji menyara keluarga
Benar pula bila berkata-kata
Di akhirat menanti nikmat syurga
Dapat gaji menyara keluarga
Tentu dari yang halal
Di akhirat menanti nikmat syurga
Dijawab apa yang disoal
Tentu dari yang halal
Serta bersih dan suci
Dijawab apa yang disoal
Hanya syaitan yang mencaci
Serta bersih dan suci
Teruskan saja apa-apa ibadat
Hanya syaitan tetap mencaci
Biar Melayu ikut adat
Teruskan saja apa-apa ibadat
Solat jemaah setiap waktu
Biar Melayu ikut adat
Dengan asobiyah disuruh bersatu
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan