Kepada kedua ibubapa
Nikmat Allah jangan lupa
Jika tak mahu diakhirat papa
Di dunia
Beribadatlah sebanyak-banyaknya
Apa guna di dunia kaya
Jika dalam kubur tiada cahaya
Jika ini anda percaya
Baru sajak ini berguna
Terutama
Haji Nasaruddin Bin Haji Mohd Yunus
Hajjah Suraya Binti Abdul Aziz
Begitu juga
Haji Samah Bin Sulaiman
Hajjah Faridatul Zuraida Binti Hj.
Mohd Zain
Mendoakan Firdaus dan Azie sihat
walafiat
Mudah lakukan yang dihajat
Ada kewajipan ada nikmat
Solat subuh terlalu dekat
Berjemaah di masjid terdekat
Ini tanda iman kuat
Pahalanya berlipat-lipat
Soalannya
Mahu kah buat?
Baru hebat zuriat
Menyambung perjuangan mendaulatkan
syariat
II
Selamat Pengantin Baru
Nornazhirah Binti Nasaruddin
Muhamad Syamsul Firdaus Bin Samah
Boleh jamah menjamah
Mulai menyebut Bismillah
Berdoa setelah sudah
Doakan ibu dan ayah
Supaya berada dalam rahmat Allah
Dengan ini syaitan akan kalah
Ambil wuduk dari kolah
Setelah itu solat
berjemaah
Bersyukur dapat nikmat
Allah
Perlu hanya ikut Sunnah
III
Hari Sabtu hari majlis perkahwinan
Firdaus dan Azie
Bertarikh 24 Januari 2015
Bersamaan
4 Rabiulakhir 1436H
Di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar
Kendurinya pun besar
Hajat kedua ibubapa pun besar
Menanti Solat Zohor dan Asar
Sajak ini bukan kasar
Sedar ramai manusia hari ini tersasar
Dari ajaran Islam yang sebenar
Oleh itu
Ingatlah serangkap pantun
Ikan kembung ikan gelama
Sedap bila masak kari
Banyak nikmat malam
pertama
Tutup lampu baru disedari
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan