Selasa, 6 Januari 2015

PANTUN RUGI DI AKHIRAT

Burung bersarang di pohon zaitun
Buah langsat didalam raga
Ahli sufi bersopan santun
Di akhirat berpeluang masuk syurga

Buah langsat di dalam raga
Sedap dimakan di tengah hari
Di akhirat berpeluang masuk syurga
Bila jadi ulama bistari

Sedap dimakan di tengah hari
Sambil makan sambil bersembang
Bila jadi ulama bistari
Ilmu agama terus berkembang

Sambil makan sambil bersembang
Ceritakan kezaliman zionis di Palestin
Ilmu agama terus berkembang
Bila semua rakyat prihatin

Ceritakan kezaliman zionis di Palestin
Banyak tersebar dialam maya
Bila semua rakyat prihatin
Mudahlah umat Islam berjaya

Banyak tersebar di alam maya
Dalam bahasa Inggeris “internet”
Mudahlah umat Islam berjaya
Bila disokong gadis-gadis genit

Dalam bahasa Inggeris “internet”
Tekan butang keluar maklumat
Bila disokong gadis-gadis genit
Diatas bimbingan puak muslimat

Tekan butang keluar maklumat
Boleh digunakan untuk dakwah
Diatas bimbingan puak muslimat
Senyuman mereka membawa tuah

Boleh digunakan untuk dakwah
Diguna pakai berbagai bahasa
Senyuman mereka membawa tuah
Ramai pula ingin berjasa

Diguna pakai berbagai bahasa
Tersebar luas bahasa Inggeris
Ramai pula ingin berjasa
Mementingkan bangsa penyokong keris

Tersebar luas bahasa Inggeris
Diterjemahkan Quran senang dibaca
Mementingkan bangsa penyokong keris
Bangsa lain sanggup dicerca

Diterjemahkan Quran senang dibaca
Bertambah penganut Islam di Barat
Bangsa lain sanggup dicerca
Gelap nasib di alam akhirat


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan