Solat berjemaah bersama-sama
Memang tuntutan agama
Bukannya lama
Lepas itu ada kuliah maghrib
Ada yang ghaib
Lupa majlis ilmu itu hukumnya wajib
Wajib ertinya mesti dibuat
Tanda faham kehendak syariat
Dimulai dengan niat
Niat kerana Allah
Ambil wudhuk dari kolah
Kolah dibuat dari simen
Mengapa masih berpecah-belah
Ini tanda separuh mukmin
Ini tanda kurang vitamin
Mengatasinya hadirlah di majlis-majlis
ilmu
Belajar jangan jemu-jemu
Nanti anda akan bertemu
Kebenaran ajaran wahyu
Ini yang perlu bagi Melayu
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Berubah masyarakat disebabkan wahyu
Selamat dunia dan akhirat
Syaitan terus memasang jerat
Siapa tertipu di akhirat melarat
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan