Selasa, 27 Januari 2015

PANTUN PERTOLONGAN SYAITAN

Buah duku buah rambutan
Tanam pula di tepi paya
Utamakan barang buatan tempatan
Lain pula yang kaya

Tanam pula di tepi paya
Mudah tumbuh tanpa baja
Lain pula yang kaya
Hidup mewah macam Raja

Mudah tumbuh tanpa baja
Di antaranya ialah buah nenam
Hidup mewah macam Raja
Bawa menghibur kumpulan gangnam

Di antaranya ialah buah nenam
Orang mengandung ingin memakannya
Bawa menghibur kumpulan gangnam
Dari menyanyi kehidupan berjaya

Orang mengandung ingin memakannya
Hilang rasa loya-loya
Dari menyanyi kehidupan berjaya
K-pop juga cukup memperdaya

Hilang rasa loya-loya
Terutama hamil anak pertama
K-pop juga cukup memperdaya
Cium gadis bertudung percuma

Terutama hamil anak pertama
Berlaku kepada orang kampung
Cium gadis bertudung percuma
Ibubapa di rumah melopong

Berlaku kepada orang kampung
Di zaman moden jarang berlaku
Ibubapa di rumah melopong
Menegur anak lidah pun kaku

Di zaman moden jarang berlaku
Mahu beranak ada hospital
Menegur anak lidah pun kaku
Belum nikah tidur sebantal

Mahu beranak ada hospital
Hospital swasta juga banyak
Belum nikah tidur sebantal
Apa lagi teruslah lanyak

Hospital swasta juga banyak
Perlu hanya sediakan wang
Apa lagi teruslah lanyak
Belum ijabkabul dara terbang

Perlu hanya sediakan wang
Boleh pinjam dari Along
Belum ijabkabul dara terbang
Syaitan pula sedia menolong


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan