Jumaat, 2 Januari 2015

PANTUN HANYA KEMPUNAN

Selepas hujan keluar kalkatu
Terus terkam ke arah cahaya
Bila banjir diajak bersatu
Rakyat bermaklumat takkan percaya

Terus terkam ke arah cahaya
Kawan juga sama-sama terbakar
Rakyat bermaklumat takkan percaya
Kekalkan usaha tawan Putrajaya

Kawan juga sama-sama terbakar
Perkara ini berlaku selalu
Kekalkan usaha tawan Putrajaya
Tumbangkan pimpinan tak malu

Perkara ini berlaku selalu
Dapat bantuan terus percaya
Tumbangkan pimpinan tak malu
Begitu lama rakyat terpedaya

Dapat bantuan terus percaya
Dipengaruhi oleh media perdana
Begitu lama rakyat terpedaya
Ramai hidup papa kedana

Dipengaruhi oleh media perdana
Suratkhabar dan television
Ramai hidup papa kedana
Termasuk sebahagian orang pencen

Suratkhabar dan televisyen
Sumber masyarakat dapat maklumat
Termasuk sebahagian orang pencen
Lupa seksa disaat kiamat

Sumber masyarakat dapat maklumat
Menjadikan mereka cintakan kehidupan
Lupa seksa disaat kiamat
Amalan pula tidak kecukupan

Menjadikan mereka cintakan kehidupan
Ilmu agama kurang dimiliki
Amalan pula tidak kecukupan
Di neraka diseksa dan dimaki

Ilmu agama kurang dimiliki
Politik sekular jadi pegangan
Di neraka diseksa dan dimaki
Balik ke dunia ada halangan

Politik sekular jadi pegangan
Menipu bangsa jadi mainan
Balik ke dunia ada halangan
Masuk ke syurga hanya kempunan

Menipu bangsa jadi mainan
Sampai masa elok bersatu
Masuk ke syurga hanya kempunan

Di bakar api setiap waktu


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan