Sabtu, 31 Januari 2015

PANTUN AL-UYUN


Ikan mati di dalam kolam
Mati ditikam dengan galah
Pelajari agama dengan mendalam
Dapat menyelesai berbagai masalah

Mati ditikam dengan galah
Galah berasal dari buluh
Dapat menyelesai berbagai masalah
Baru puak asobiyah mengeluh

Galah berasal dari buluh
Buluh tumbuh tanpa baja
Baru puak asobiyah mengeluh
Mahu kaya tanpa kerja

Buluh tumbuh tanpa baja
Boleh digunakan masak lemang
Mahu kaya tanpa kerja
Bila berkuasa semuanya senang

Boleh digunakan masak lemang
Makan dengan rendang ayam
Bila berkuasa semuanya senang
Lihat penyelewengan hanya diam

Makan dengan rendang ayam
Lepas itu minum kopi
Lihat penyelewengan hanya diam
Masuk syurga hanyalah mimpi

Lepas itu minum kopi
Kopi tiga dalam satu
Masuk syurga hanyalah mimpi
Bila menggunakan undi hantu

Kopi tiga dalam satu
Campuran Ginseng dan Cendawan
Bila menggunakan undi hantu
Rakyat bermaklumat tetap melawan

Campuran Ginseng dan Cendawan
Ada pada kopi 786
Rakyat bermaklumat tetap melawan
Semangat tauhid terus ditanam

Ada pada kopi 786
Elok minum setiap hari
Semangat tauhid terus ditanam
Mudah keredhaan Allah dicari

Elok minum setiap hari
Air Al-Uyun sebagai contoh
Mudah keredhaan Allah dicari
Kerajaan zalim akan jatuh

Air Al-Uyun sebagai contoh
Air minuman proses osmosis berbalik
Kerajaan zalim akan jatuh
Semuanya dengan izin Al-Khaliq



HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan