Menandakan hari hendak siang
Elok berhenti menghisap rokok
Sebelum nyawa anda melayang
Menandakan hari hendak siang
Matahari timbul dari timur
Sebelum nyawa anda melayang
Bertaubat semasa ada umur
Matahari timbul dari timur
Embun di rumput gugur ke bumi
Bartaubat semasa ada umur
Baru maksiat boleh basmi
Embun di rumput gugur ke bumi
Burung keluar dari sarang
Baru maksiat boleh basmi
Solat berjemaah dari sekarang
Burung keluar dari sarang
Mencari ulat diranting pokok
Solat berjemaah dari sekarang
Insha Allah sedar bahaya merokok
Mencari ulat diranting pokok
Balik kesarang waktu petang
Insha Allah sedar bahaya merokok
Sakit jantung tetap datang
Balik ke sarang waktu petang
Anak-anak burung mulut terbuka
Sakit jantung tetap datang
Waktu itu padanlah muka
Anak-anak burung mulut terbuka
Menanti ibu burung tiba
Waktu itu padanlah muka
Dirawat di hospital hatipun riba
Menanti ibu burung tiba
Berlaku ini setiap hari
Dirawat di hospital hatipun riba
Menanggung kesakitan diri sendiri
Berlaku ini setiap hari
Solat waktu tetap lima
Menanggung kesakitan diri sendiri
Dalam kubur seksanya lama
Solat waktu tetap lima
Pahalanya lebih bila berjemaah
Dalam kubur seksanya lama
Perokok tegar saja bermasalah
Pahalanya lebih bila berjemaah
Dimanfaatkan orang yang beriman
Perokok tegar saja bermasalah
Cacing pula menjadi teman.
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan