Papan di Jawa saya dirikan
Kalau tak mahu masuk neraka
Perintah Allah perlu ditunaikan
Papan di Jawa saya dirikan
Ditebang pokok dijadikan kayu
Perintah Allah perlu ditunaikan
Terkandung dalam ajaran wahyu
Ditebang pokok dijadikan kayu
Gunakan kapak paling mudah
Terkandung dalam ajaran wahyu
Beramal dengannya membawa faedah
Gunakan kapak paling mudah
Ini cara orang-orang dulu
Beramal dengannya membawa faedah
Membuat maksiat pula malu
Ini cara orang-orang dulu
Dengan agama didik keluarga
Membuat maksiat pula malu
Baru nasib rakyat terjaga
Dengan agama didik keluarga
Ada menghantar ke sekolah pondok
Baru nasib rakyat terjaga
Dari Quran pengajaran diceduk
Ada menghantar ke sekolah pondok
Banyak juga ke sekolah Inggeris
Dari Quran pengajaran diceduk
Sedar bahaya parti keris
Banyak juga ke sekolah Inggeris
Terutama yang duduk dibandar-bandar
Sedar bahaya parti keris
Sejak reformasi ramai yang sedar
Terutama yang duduk di bandar-bandar
Kemudahan pelajaran mudah diperolehi
Sejak reformasi ramai yang sedar
Parti asobiyah terus dijauhi
Kemudahan pelajaran mudah diperolehi
Untung yang banyak wang
Parti asobiyah terus dijauhi
Dengan tipuhelah kekal menang
Untung yang banyak wang
Tentulah golongan para peniaga
Dengan tipuhelah kekal menang
Gelap jalan untuk ke syurga
Tentulah golongan para peniaga
Terdiri dari berbagai bangsa
Gelap jalan untuk ke syurga
Dalam kubur menanti seksa
HMS ABU BAKAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan