Aku, dia dan
lagu
Kewujudan
Neraka jangan ragu
Syurga
tempat orang berilmu
Beramal
dengan wahyu
Patut
diikuti oleh orang Melayu
Parameswara
pun setuju
Tinggalkan
Agama Hindu.
II
UPSI
Ramai minati
puisi
Ada misi
Mahu
membanteras korupsi
Mahu bebas
awam punya institusi-institusi
Perkara 132
Perlembagaan
Persekutuan
Mahu ujudkan
keadilan
Negeri-negeri
diberi juga kebebasan
Ketua Agama
Islam adalah Sultan
Agama ini
perlu diutamakan
Dari Ulama
kepuraan
Cintakan
keduniaan
Tutup mulut
kerana jawatan
Dapat banyak
kemudahan-kemudahan.
III
Tiap negeri
ada Mufti
Penasihat
Agama
Ilmu banyak
didada
Beramal
soleh setiap masa
Demi masa
Rugi yang
menyalahguna kuasa
Rugi yang
mengongkong media massa alat propaganda
Dua Malaikat
mencatit saja
Sebelah kiri
menulis dosa
Sebelah
kanan menulis pahala.
IV
Buat yang
wajib dapat pahala
Buat yang
sunat dapat pahala.
V
Buat yang
haram dapat dosa
Kena percaya
Tuntutan
agama
Peranan
ulama menyedarkan tanggungjawab kita
Jangan cela
mereka
Jangan
herdik mereka
Jangan hina
mereka
Nanti masuk
neraka
Tempat
celaka
VI
Dengan
antologi puisi
Bakat
terpendam diuji
Dari anak
negeri
Perak ada
SITC
Sekarang
jadi UPSI
Tak bermakna
berlambangkan keris
Jika
kegunaan Bahasa Melayu terhakis
Memuja pula
Bahasa Inggeris
Banyak masa
Tun Razak dan Datuk Abdul Rahman Talib menyediakan laporan habis
Belot waris
VII
Berani
kerana benar
Pepatah ini
kena sebar dan sebar
Yang korup
sentiasa menggeletar
Banyak buat
kerja mungkar
Sapu sampah
dibawah tikar
Bangunlah
Melayu dengan Allahhuakbar.
HMS ABU
BAKAR
6 Zulhijjah
1422
(19 Februari
2002)
Kuala Lumpur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan