Khamis, 2 Oktober 2014

PANTUN PERANAN LAGU


Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Agama Islam menunjukkan jalan
Supaya di akhirat tidak rugi

Tidak bintang terbit pagi
Sebahagian lirik lagu Melayu
Supaya di akhirat tidak rugi
Kenalah ikut ajaran wahyu

Sebahagian lirik lagu Melayu
Ada rentak yang mendayu-dayu
Kenalah ikut ajaran wahyu
Tanpa ilmu jadilah layu

Ada rentak yang mendayu-dayu
Lagu Sudirman menaikkan semangat
Tanpa ilmu jadilah layu
Hingga mengucap pun tak ingat

Lagu Sudirman menaikkan semangat
Disiarkan sewaktu menyambut Merdeka
Hingga mengucap pun tak ingat
Bakal calon masuk neraka

Disiarkan sewaktu menyambut Merdeka
Termasuk lagu orang kampung
Bakal calon masuk neraka
Di waktu itu mata mengelopong

Termasuk lagu orang kampung
Digemari tua dan muda
Di waktu itu mata mengelopong
Amal soleh pula tiada

Digemari tua dan muda
Minat juga lagu P.Ramli
Amal soleh pula tiada
Mahu bertaubat berkali-kali

Minat juga lagu P.Ramli
Seperti berkorban apa saja
Mahu bertaubat berkali-kali
Allah saja yang dipuja

Seperti berkorban apa saja
Lagu dari filem Hang Tuah
Allah saja yang dipuja
Mahu ikut pula Rasulullah

Lagu dari filem Hang Tuah
Dalam perjalanan ke negeri Pahang
Mahu ikut pula Rasulullah
Sanggup infakkan semua wang

Dalam perjalanan ke negeri Pahang
Naik sampan pakai galah
Sanggup infakkan semua wang
Semata-mata untuk agama Allah.


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan