Jumaat, 17 Oktober 2014

PANTUN HARTA HALAL


Pisang abu pisang awak
Sedap dimakan bila digoreng
Gelak ketawa mendengar pelawak
Kedua-dua dapat dosa kering

Sedap dimakan bila digoreng
Termasuk mi dan bihun
Kedua-dua dapat dosa kering
Bila diakhirat syurga dipohon

Termasuk mi dan bihun
Dua jenis makanan ringan
Bila di akhirat syurga dipohon
Di dunia tinggalkan segala larangan

Dua jenis makanan ringan
Burger juga jadi kegemaran
Di dunia tinggalkan segala larangan
Ambil pelajaran dari Quran

Burger juga jadi kegemaran
Jenis makanan dari Barat
Ambil pelajaran dari Quran
Sedar bahaya pimpinan keparat

Jenis makanan dari Barat
Ramly Burger dijamin halal
Sedar bahaya pimpinan keparat
Membiarkan merebak penyakit sosial

Ramly Burger dijamin halal
Usahawan Melayu yang berjaya
Membiarkan merebak penyakit sosial
Tukar kerajaan tanpa tipudaya

Usahawan Melayu yang berjaya
Hasil usaha yang gigih
Tukar kerajaan tanpa tipudaya
Kekayaan negara senang diagih

Hasil usaha yang gigih
Sesiapa jua boleh maju
Kekayaan negara senang diagih
Kebajikan rakyat matlamat dituju

Sesiapa jua boleh maju
Disokong ilmu dan iman
Kebajikan rakyat matlamat dituju
Baru negara jadi aman

Disokong ilmu dan iman
Beramal soleh jadi pemangkin
Baru negara jadi aman
Kebenaran Islam juga yakin

Beramal soleh jadi pemangkin
Berlumba-lumba membuat kebajikan
Kebenaran Islam juga yakin
Harta halal saja dimakan.


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan