Sabtu, 4 Oktober 2014

JAMIL SULONG DALAM KENANGAN


Pak Jamil Sulong meninggal dunia malam Jumaat
Dikebumikan selepas solat Jummat
Ini tanda isyarat
Matinya dalam rahmat
Ini sebesar-besar nikmat
Tonton filem “Lela Manja” ingat Datuk Jamil Sulong
Dengar lagu “Azizah” ingat Datuk Jamil Sulong
Suatu masa nanti parti asobiyah akan tergulung
Didakwa pemimpin-pemimpin yang serong
Buku dengan ruas akan bertembung
Harga barang-barang keperluan harian melambung
Masuk Mahkamah muka-muka perasuah ikan blis bertudung
Termasuk menggunakan seluar dalam
Menerima rasuah dilarang dalam Islam
Jadi Anak Si Tanggang dilarang dalam Islam
Menipu”undi” dalam Pilihanraya dikutuk oleh Islam
Sekarang Jamil Sulong dalam tanah
Hadiahkan dia “Al-Fatihah”
Terutama keluarga di rumah
Dimulai oleh Datuk Rosnani Ludin
Diikuti anak-anak Pak Jamil
Murniaty
Arjunaidi
Anwardi
Asnadi
Diikuti juga 8 cucu Pak Jamil
Inilah tanda kasih sayang
Kepada suami
Kepada ayah
Kepada Datuk
Pemerintah zalim tetap dikutuk
Dengan “puisi” jiwa-jiwa mereka kita ketuk
Semoga bertaubat segera
Dosa pahala ambil kira
Sebelum pergi kesebelah sana
Firaun tetap hina
Qarun tetap hina
Hamman tetap hina
Abu Jahal tetap hina
Abu Lahab tetap hina
Baca sajak juga berguna


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan