Ahad, 26 Oktober 2014

KALAU TAKUT DENGAN RISIKO

Ramai pelancong pergi Morocco
Dari Malaysia satu rombongan
Kalau takut dengan risiko
Jangan bicara tentang perjuangan

Risiko itu ertinya kerugian
Wujud dalam manusia bacul
Kumpulan benar wajib melawan
Walaupun ada kena pukul

Hidup manusia penuh perjuangan
Pertama-tama melawan nafsu
Disuruh buat segala larangan
Dipatuhi oleh pengampu-pengampu

Manusia pertama Nabi Adam
Berserta Hawa digodai iblis
Dengan Anwar mereka berdendam
Terpaksa guna kekuatan polis

Iblis mahu manusia ke neraka
Digoda dengan tiga “ta”
Dengan ibubapa sanggup derhaka
Asalkan “kroni” dapat harta

Yang pertama ialah wanita
Diminati oleh setiap lelaki
Dalam hati menaruh cinta
Apabila ditolak terus dengki

Yang kedua ialah harta
Diperolehi pula melalui rasuah
Dapat kontrak berjuta-juta
Peduli apa wirawan musnah

Yang ketiga ialah takhta
Mempunyai kuasa yang banyak
Dalam sejarah banyak cerita
Berjaya pimpinan yang layak

Melawan iblis dengan iman
Ingat mati sebagai zikir
Orang beriman jadikan teman
Kebajikan rakyat saja difikir

Bangunlah wahai rakyat sekalian
Lupakan Barisan kali ini
Pemimpin nyanyuk wajib diketepikan
Melawan kita perlu berani

Berani kita kerana benar
Keadilan rakyat kita tuntut
“Saya lawan” kata Anwar
Dengan Mahathir dia tak melutut

REFORMASI itu cukup penting
Perubahan berlaku di setiap diri
Sebut “kroni” si tua melenting
Umurnya tinggal sedikit hari

Mari lawan manusia nyanyuk
Dari penjara terus menyengat
Niat jahat tak boleh sorok
Reformasi menjadi senjata rakyat




HMS ABU BAKAR
22 Syawal 1419/ 9 Feb 1999



Tiada ulasan:

Catat Ulasan