Ahad, 12 Oktober 2014

PANTUN BANYAK YANG TERSASUL


Imam Shafie memakai serban
Mengarang kitab dalam rumah
Setiap masa hendaklah berkorban
Dengan iman dan istiqamah

Mengarang kitab dalam rumah
Berehat hanya ketika solat
Dengan iman dan istiqamah
Sedar munafik pandai mengelat

Berehat hanya ketika solat
Mengambil masa beberapa minit
Sedar munafik pandai mengelat
Terpesona dengan gadis genit

Mengambil masa beberapa minit
Beribadat khusus kerana Allah
Terpesona dengan gadis genit
Tambah yang berkain belah

Beribadat khusus kerana  Allah
Puasa wajib di bulan Ramadhan
Tambah yang berkain belah
Pimpinan sekular pun tak tahan

Puasa wajib di bulan Ramadhan
Dilakukan umat di seluruh dunia
Pimpinan sekular pun tak tahan
Disangka Putrajaya mereka punya

Dilakukan umat di seluruh dunia
Menuntut ilmu suatu kewajipan
Disangka Putrajaya mereka punya
Membela rakyat hanya harapan

Menuntut ilmu suatu kewajipan
Dari kecil hingga dewasa
Membela rakyat hanya harapan
Kumpul kekayaan waktu berkuasa

Dari kecil hingga dewasa
Lakukan ibadat yang difardukan
Kumpul kekayaan waktu berkuasa
Disedari rakyat di pekan-pekan

Lakukan ibadat yang difardukan
Terutama yang ada ilmu
Disedari rakyat di pekan-pekan
Semasa demonstrasi mereka bertemu

Terutama yang ada ilmu
Menentang kezaliman kerja mulia
Semasa demonstrasi mereka bertemu
Dari internet maklumat tersedia

Menentang kezaliman kerja mulia
Dilakukan Nabi-nabi dan Rasul-rasul
Dari internet maklumat tersedia
Tindakan pemerintah banyak tersasul



HMS  ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan