I
Aku
Di mana-mana
emas tetap laku
Barang
bermutu
Begitu juga
Engkau dan Aku
Dengan
bimbingan guru
Bertambah
ilmu
Setiap masa
perlu
Ingat Melayu
baru
Budaya
Hollwood tak payah tiru
Buangkan
budaya mengampu
Buangkan
budaya mengampu
Buangkan
mentaliti kalkatu
Dengan
banyak membaca buku
Keindahan
Islam baru tahu
“It is good
for you”
II
Dia
Pencipta
kita
Dari Adam
dan Hawa bermula
Biaklah
generasi manusia
Demi masa
SITC
meninggalkan banyak jasa
Kepada
bangsa
Bahasa jiwa
bangsa
Dengan iman
baru bermakna
Dengan
akidah insan terbina
Tanpa Islam
Melayu jadi hina
Hang Jebat
mengamuk di istana
Mahu nasib
kawan di bela
Tapi Hang
Tuah penuh taat setia
Kepada raja
Cerita lama
Mari
bangunkan bangsa bersama-sama
Amalkan
ajaran agama
Islam
panacea bagi semua
Muda dan tua
Amal soleh
saja dikira
Maha tahu Si
Dia
Berkuasa
sentiasa
Maha Pemurah
kepada semua bangsa
Di sediakan
neraka
Tempat
celaka
Bagi manusia
yang hidup bermuka-muka
Islam hanya
pada nama
Janggut Nabi
berani hina
Katanya
super gillet belum ada
Bertaubat
tidak kedengaran pula
Berbagai-bagai
jenis manusia
Mukmin
Kafir
Munafik
Dari Allah
kita mohon taufiq
Ke syurga
tempat yang cukup baik.
III
Lagu
Kewujudan
syurga jangan ragu-ragu
Kewujudan
neraka jangan ragu-ragu
Nanti
menyanyi tidak berlagu
Oh jangan
tinggal daku
Dua kali
lima sepuluh
Dua kali
enam dua belas
Bangun pagi
solat subuh
Jangan pula
kita malas
Ulat bulu
panjat durian
Sedap dahulu
sakit kemudian
Fikirlah
semua insan
Hidup adalah
perjuangan
Supaya sihat
minda, roh dan badan
Yakinlah
dengan Al-Quran
Sesuai
sepanjang zaman.
HMS ABU
BAKAR
22 Zulkaedah
1422
(05 Februari
2002)
Kampong
Gajah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan