Sabtu, 11 Oktober 2014

PANTUN TUGAS BERSAMA


Potong pokok dengan gergaji
Dari pagi hingga ke petang
Selalu sangat rakyat diuji
Ramai pula terpaksa berhutang

Dari pagi hingga ke petang
Mencari rezeki untuk keluarga
Ramai pula terpaksa berhutang
Kebajikan rumahtangga perlu dijaga

Mencari rezeki untuk keluarga
Menjadi kewajipan seorang bapa
Kebajikan rumahtangga perlu dijaga
Orang beriman tidaklah lupa

Menjadi kewajipan seorang bapa
Mendidik anak dengan agama
Orang beriman tidaklah lupa
Solat berjemaah sentiasa bersama

Mendidik anak dengan agama
Awal-awal agama mengenal Allah
Solat berjemaah sentiasa bersama
Boleh selesai banyak masalah

Awal-awal agama mengenal Allah
Bahasa ilmunya ialah Tauhid
Boleh selesai banyak masalah
Bila dipimpin seorang mujahid

Bahasa ilmunya ialah Tauhid
Kuasa Allah mengatasi segala-gala
Bila dipimpin seorang mujahid
Negara jauh dari bala

Kuasa Allah mengatasi segala-gala
Meliputi langit bumi dan langit
Negara jauh dari bala
Maksiat pula mudah dibasmi

Meliputi langit dan bumi
Manusia mulia kerana akal
Maksiat mula mudah dibasmi
Kepada Allah saja bertawakkal

Manusia mulia kerana akal
Menjadi khalifah di dunia ini
Kepada Allah saja bertawakkal
Berkata benar pula berani

Menjadi khalifah di dunia ini
Nabi Adam manusia pertama
Berkata benar pula berani
Membangunkan negara tugas bersama

Nabi Adam manusia pertama
Asal kejadian dari tanah
Membangunkan negara tugas bersama
Dengan jujur dan beramanah.



HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan