Ahad, 5 Oktober 2014

EID AL ADHA



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Ahad
Teruskan jihad
Kuasa penzaliman akan tamat
Dengan syarat
Berteraskan kehidupan akhirat
5 Oktober  2014
Berjihad janganlah malas
Betul aqidah semuanya ikhlas

10 Zulhijjah 1435 Hijriah
Berjuang kerana agama Allah
Parti asobiyah akan kalah
Naik harga rakyat pun marah
Yang diatas kaya dengan rasuah
Menyesal bila masuk tanah
Cacing-cacing terus memamah
Terimalah padah
Rambut isteri terdedah
Harga RON95 naik kroni-kroni dapat faedah

Oleh itu
Mari kita bersatu
Solat berjemaah setiap waktu
Dengan ilmu hidup rakyat akan bermutu
Korbankan lembu
Korbankan pimpinan lembu
Gantikan dengan pimpinan yang warak
Yang cakap dan bikin
Baru rakyat yakin
Reformasi iman jadikan pemangkin
Menuju kehidupan baru
Keredhaan Allah diburu

Ikan kembung ikan cencaru                                                               
Diantara jenis ikan laut
Keredhaan Allah saja diburu
Menanti saja kedatangan Malaikat maut


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan