Jumaat, 10 Oktober 2014

PANTUN PERLU BERUBAH


Waktu pagi pergi ke sawah
Balik ke rumah waktu petang
Bila mahu hidup mewah
Hukum Allah berani tentang

Balik ke rumah waktu petang
Solat asar terlebih dulu
Hukum Allah berani tentang
Belajar Quran pula malu

Solat asar terlebih dulu
Dilakukan pula secara berjemaah
Belajar Quran terasa malu
Malas pula dengar ceramah

Dilakukan pula secara berjemaah
Pahala lebih kata Rasulullah
Malas pula dengar ceramah
Dengan penzalim redha menyebelah

Pahala lebih kata Rasulullah
Diterima baik yang beriman
Dengan penzalim redha menyebelah
Jadilah negara tidak aman

Diterima baik yang beriman
Dari dulu hingga sekarang
Jadilah negara tidak aman
Disebabkan pemimpin kaki temberang

Dari dulu hingga sekarang
Kos kehidupan terus meningkat
Disebabkan pemimpin kaki temberang
Suara reformasi terus disekat

Kos kehidupan terus meningkat
Harga petrol naik lagi
Suara reformasi terus disekat
Rakyat jelata yang rugi

Harga petrol naik lagi
Mulai tiga haribulan Oktober
Rakyat jelata yang rugi
Penyokong Asobiyah tetap sabar

Mulai tiga haribulan Oktober
Nilai Ringgit Malaysia turun
Penyokong Asobiyah tetap sabar
Seperti rakyat zaman Firaun

Nilai Ringgit Malaysia turun
Bertambah rendah berbanding Singapura
Seperti rakyat zaman Firaun
Sokong walaupun hidup sengsara

Bertambah rendah berbanding Singapura
Beban dari amalan rasuah
Sokong walaupun hidup sengsara
Mahu selamat perlulah berubah


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan