Jumaat, 26 Julai 2013

RAMADHAN KETUJUH BELAS 1434H




Hari Jumaat
Hari ketujuh belas umat berpuasa
Harap-harap ada kesannya
Kesan kepada pemegang pemegang kuasa
Di peringkat kerajaan pusat
Di peringkat kerajaan kerajaan negeri
Baru pahala diperolehi
Baru rasuah dijauhi
Baru pecah amanah dijauhi
Baru syaitan dimusuhi
Baru berubah pemikiran
Baru berubah perkataan
Baru betul tindakan
Memikirkan kebajikan rakyat
Berkata benar dalam parlimen
Semua ucapan dilaporkan kata demi kata
”It is reported verbatim”
Inilah hansard
Boleh dibaca oleh rakyat jelata
Berani isytihar harta
Bersumberkan yang halal sahaja
Malaikat malaikat lihat saja
Diyakini yang berpuasa
Bagi Sultan Muhammad Al-Fateh ini biasa saja
Riwayat hidupnya elok dibaca
Malaysia perlu pimpinan seperti ini
Semoga kewujudannya di segerakan Allah SWT


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan