Jumaat, 19 Julai 2013

RAMADHAN KESEPULUH 1434H




Hari Jumaat
Berulang kali kedua berpuasa
Sepuluh hari melimpah ruah rahmat Allah
Kasih sayang Tuhan kita
Boleh dilihat dengan mata
Boleh dengar berbagai cerita
Kroni-kroni menambah harta
Rakyat marhaen tetap menderita
Orang kampung juga menderita
Kos kehidupan terus meningkat
Dalam TV kemajuan boleh lihat
Iklan komersial menaikkan selera
Berbuka puasa di hotel-hotel ternama
Solat Maghrib dilewat-lewatkan
Keutamaan ialah makanan
Berjemaah Maghrib jauh sekali
Solat terawih dibuat juga
Bila balik ke kawasan pilihanraya
Bersongkok hitam di kepala
Belakang kira pahala
Yang penting rakyat nampak
Kewarakan wakil rakyat mereka
Harap-harap terlepas neraka


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan