Ahad, 14 Julai 2013

RAMADHAN KELIMA 1434H


Ramadhan kelima
Hari Ahad
Puasa semacam jihad
Tanpa makan dan minum
Tanpa bermesra dengan isteri yang sah
Bagi yang beriman tidak susah
Bakat perlu diasah
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan ilmu pengenalan
Diatasi ranjau di sepanjang jalan
Daripada Nabi ambillah teladan
Sentiasa menepati janji
Sabar bila diuji
Berbudi pekerti tinggi
Buat tapai daripada ragi
Tapai pulut tapai ubi
Orang munafik berkeadaan rugi
Bersifat sederhana pula Nabi
Oleh itu contohilah Nabi
Terutama di bulan Ramadhan kali ini
Nescaya anda jadi berani


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan