Selasa, 16 Julai 2013

RAMADHAN KETUJUH 1434H


Hari Selasa
Tetap berpuasa
Mematuhi perintah Maha Kuasa
"Wahai orang-orang beriman,
Diwajibkan kamu berpuasa
Sebagaimana diwajibkan orang-orang
sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
Ke akhirat pahala dibawa
Dengan sukacita
Infakkan harta
Menjamu orang-orang berbuka puasa
Pahalanya diperolehi juga
Doakan kebajukan seluruh keluarga
Dengan ilmu keluarga dijaga
Yang beramal terbuka ruang ke syurga
Tempat paling bahagia
Orang beriman saja yang berjaya
Janji Allah Yang Maha Kaya


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan