Sabtu, 27 Julai 2013

RAMADHAN KELAPAN BELAS 1434H



Hari Sabtu
Puasa khusus puasa bermutu
Solat berjemaah setiap waktu
Dapat pahala bertambah-tambah
Hadapkan muka ke Kaabah
Mesti betul aqidah
Banyak faedah
Berpegang teguh dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sumbernya empat
Betul dan tepat
Utamanya Al Quran
Keduanya Hadith
Ketiganya Ijmak
Keempatnya Qias
Setiap saat Nabi ikhlas
Sahabat sahabat juga ikhlas
Memahami maksud Surah Al-Ikhlas
Allah tempat bergantung harap
Harap-harap ke syurga
Bersama seluruh keluarga
Adab-adab puasa dijaga
Dengan iman dan istiqamah
Bila memimpin beramanah
Menanti beberapa soalan dalam tanah
Bagi mukmin semuanya mudah
Mematuhi kehendak aqidah
Awal-awal agama mengenal Allah
Ambil wudhu dari kolah
Dalam kolah ada ikan
Beramal soleh kerana Allah
Berdoa pula sebelum makan
Orang beriman dijadikan rakan
Berdakwah kepada ahli ahli sukan
Mudah wujud negara berkebajikan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan