Rabu, 3 Julai 2013

PERTOLONGAN RAKAN SETIA



Setiap apaku kerjakan
Semuanya mendapat bantuan-bantuan dari rakan-rakan
Bersembang sewaktu makan
Menerima nasihat di waktu makan
Di kala-kala tertentu boleh digunakan
Termasuk tulisan
Membacanya boleh memberi kesan
Menanti saja balasan
Disyukuri yang beriman
Diyakini yang beriman
Dari kalangan insan
Samada Iban dan Kadazan
Ingin kemajuan
Ingin perubahan
Elok jika dipelopori Pihak Atasan
Dari sirah Nabi ambil teladan
Harum bau daun pandan
Tumbuh subur di tepi paya
Gembira menyambut kedatangan Ramadhan
Dengan beramal sedaya upaya
Dengan sokongan rakan sebaya
Dengannya setiap usaha jadi jaya
Dengan izin Allah Yang Maha Kaya
Ini orang mukmin percaya




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot,com
Syaaban1434/Julai2013

(21 – 6 – 2013)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan