Sabtu, 13 Julai 2013

RAMADHAN KEEMPAT 1434H


Ramadhan keempat
Hari Sabtu
Mahu puasa bermutu
Sebelum sahur berqiamulail
Solat tahajud
Solat hajat
Jika ada masa solat tasbih
Infak bila ada duit lebih
Mahu beramal soleh
Solat lima waktu berjemaah
Di masjid
Di surau
Di pusat tarbiyah
Dengar tazkirah
Beri tazkirah jika ada jemputan
Cuba disekat syaitan
Kurang selera orang tempatan
Kutip petai dalam hutan
Jumpa pegaga ambil juga
Lupakan saja gangguan syaitan
Buatlah kerja untuk syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan