Selasa, 9 Julai 2013

NASIHAT-NASIHAT TENTANG AGAMA




Kehidupan manusia sangat rencam
Ramai tidak faham
Mudah naik geram
Melihat penari-penari latar Gangnam
Buah duku buah nenam
Dua jenis buah tempatan
Bila mati terus ditanam
Ramai jadi pengikut syaitan
Oleh itu berilah peringatan
Bentuk terbaik ialah nasihat
Terutama dari ulama akhirat
Pergi ke hutan memasang jerat
Dilakukan pula setiap minggu
Elok ikut ulama akhirat
Nasihat berguna kita tunggu
Dengan ilmu hilanglah ragu-ragu
Dalam kubur Munkar Nakir menunggu
Mahu selamat carilah guru
Mengajar kita mengenal Allah
Kait rambutan gunakan galah
Dapat sebiji terus dimakan
Ilmu penyelesai berbagai masalah
Menjauhi kerja yang bukan-bukan
Fikirlah tuan dan puan
Zaman ini zaman penipuan
Tambahkanlah ilmu pengetahuan
Ulama akhirat jadikan kawan
Baru berani kita melawan
Melawan segala bentuk penyelewengan
Buat suruhan tinggallah larangan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syaaban1434/Julai2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan