Khamis, 25 Julai 2013

RAMADHAN KEENAM BELAS 1434H




Hari Khamis
Hari keenam belas berpuasa
Di Mesir berlaku rampasan kuasa
Ditahan Presiden Dr Muhammad Morsi
Ditangan Tentera Mesir
Ketepikan Ikhwanul Muslimin
Ditangkap ramai pemimpin Ikhwan
Betul betul ujian
Betul betul cobaan
Berkumpul jutaan manusia di Dataran Raba’ah
Ditembak mati 80 jemaah
Subuh berdarah
Syahid semuanya
Kurniaan dari Allah Yang Maha Kaya
Mati dalam kebenaran
Mati melawan kezaliman
Mati menentang konspirasi barat
Dibantu manusia keparat
Dari pihak atasan tentera
Seluruh dunia lihat
Kejahatan kuasa besar dunia kini
Menggunakan duit
Untuk memporakkan sistem
Demokrasi yang diagung-agungkan
Ikan pelata ikan pari
Dua jenis ikan darat
Syahid ahli Ihkwan cari
Dengan tauhid hati terpaut



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan