Jumaat, 12 Julai 2013

RAMADHAN KETIGA 1434H


Ramadhan ketiga
Hari Jumaat
Jasa ayahku tetap ku ingat
Mencari rezeki untuk keluargaku
Bersawah padi
Setahun sekali
Makan beras baru dinanti-nanti
Menjemur padi ku buat juga
Menumbuk padi ku buat juga
Bilaku ingat kembali
Ayahku buat berbagai kerja
Dia juga Tok sidang
Sekarang ni Ketua Kampung
Dia rapat dengan Tok Penghulu
Dia mahu anak-anak pergi ke sekolah
Dia hantarku ke Teluk Anson
Belajar di sekolah Inggeris
Dia bawaku berkhatan di Teluk Anson
Pendek kata
Ayahku banyak berjasa kepadaku
Oleh itu
Setiap solat waktu
Aku doakan rahmat bagi arwah ayahku


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434/Julai2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan