Isnin, 22 Julai 2013

RAMADHAN KETIGA BELAS




Hari Isnin
Minggu kedua puasa
Mahu adil penguasa
Mahu amanah penjawat-penjawat awam
Rasuah itu kerja haram
Disebabkan lemah jiwa di dalam
Cetek ilmu kalam
Lupa Firaun pun tenggelam
Lupa Qarun pun terbenam
Lupa mereka neraka Jahanam
Semasa tazkirah pendengar diberi kefahaman
Allah pencipta sekalian alam
Rajinlah berusaha umat Islam
Banyakkan berfikir wahai umat Islam
Rajinlah membaca wahai umat Islam
Baru sedar indahnya Islam
Baru sanggup solat malam
Baru kerajaan zalim tenggelam
Baru lahir negara bermaruah
Bebas dari rasuah
Bebas dari pecah amanah
Inilah puasa punya hikmah
Berkat ikut Sunnah
Budaya sekular boleh musnah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Ramadhan1434H/Julai2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan