Isnin, 9 September 2013

TUJUAN FILEM



Manusia suka melihat benda-benda baru
Mudah ditiru
Tanjung Katong airnya biru
Tempat pelancong datang berehat
Tanpa ilmu mudah terkeliru
Terikut-ikut pengaruh jahat
Tersemai bibit-bibit maksiat
Didatangkan dari filem-filem barat
Pusatnya di Hollywood
Ditontoni di seluruh dunia
Rosak akhlak remaja-remaja
Berfoya-foya para belia
Habis saja masa berguna
Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Rugi yang rugi di Hari Kemudian
Penuh penyesalan
Dalam keseksaan
Berterusan
Filem Tanda Putera terus ditayangkan
Mahu meraut perasaan perkauman
Dijangka berlaku pergaduhan
Semoga dijauhkan tuhan
Biarlah dikorbankan saja puak perkauman
Digantikan yang pro-keadilan
Digantikan dengan yang pro-kemanusiaan
Ini yang patut difilemkan
Rakyat Malaysia penuh persaudaraan
Yang lama perlu dipinggirkan
Semoga direstui tuhan
nantinya negara akan aman
Akan ada filem-filem penyatuan rakyat sekalian




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Z'kaedah1434/Sept2013



Tiada ulasan:

Catat Ulasan