Selasa, 3 September 2013

MERDEKA MENGIKUT ORANG TUA



Merdeka bagiku
Bebas melaksanakan hukum-hukum Allah
Yang terkandung dalam Al-Quran
Yang ada dalam hadith nabi
Bebas melakukan akujanji
”Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk
Allah, Tuhan semesta alam”
Solat sentiasa berjemaah
Pimpinan politik juga perlu beramanah
Aktiviti ibadat pun berjemaah
Yang terlibat semua beramanah
Hidupku bersama jemaah
Yang membesarkan Allah
Tentu juga matiku kerana Allah
Inilah sebenar benar kemerdekaan
Harap kali ke 56 ini
Rakyat jadi berani
Berani menumbangkan tirani
Tirani bererti kuku besi
Melawannya perlu semangat reformasi
Inilah cita citaku
Merdeka yang bermutu





HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Sept2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan