Isnin, 16 September 2013

REBUTLAH PELUANG UNTUK BERUBAH



Selagi ada nyawa
Adalah peluang
Untuk berjuang
Berjuang untuk kebaikan
Diri
Keluarga
Masyarakat
Negeri dan negara
Dosa pahala kena ambil kira
Perintah Allah dibuat segera
Dengan betul pemikiran
Dengan betul perkataan
Dengan betul tindakan
Pemikiran, perbuatan dan tindakan
Ikut kehendak Al-Quran
Banyak pengajaran
Diyakini orang-orang beriman
Bila ini dilakukan dengan amalan
Betullah jalan
Jalan menuju perubahan
Buat suruhan tinggal larangan
Inilah asas kejayaan
Bila beriman
Ikut Al-Quran dan As-Sunnah
Beramalpun dapat faedah
Nikmat di akhirat tak sudah-sudah
Alhamdulillah
Di akhirat bebas daripada masalah
Syukurlah kepada Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Z'Kaedah1434/Sept2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan