Ikan yu ikan kembong
Di antara beberapa ikan laut
Parti politik elok bergabung
Bersedia pula menghadapi Malaikalmaut
Kebaikan Nabi s.a.w disebut-sebut
Tutur katanya lemah lembut
Akhlaknya susah ditandingi
Dibimbingi oleh kuasa Ilahi
Sekecil-kecil maksiat dijauhi
Dengan iman sejati
Bersedia untuk mati
Dengan amal ibadat yang berkualiti
Kanak-kanak bermain diatas titi
Jatuh seorang ke dalam parit
Setiap kita akan mati
Sakitnya pula terlalu perit
Dipukul Malaikat terus menjerit
Dalam kubur yang sempit
Perlukan cahaya
Asasnya
percaya
Beramal sedaya upaya dengan ilmu
Dengan amal yang berterusan
Bukan
cara Barisan
Ron
95 naik membawa kesan
Kos kehidupan menyusahkan
Perlu pertukaran
Perlu pertukaran kerajaan
Pimpinan beriman
Pimpinan cakap dan bikin
Baru rakyat yakin
16 September hari bertuah
Negara dipimpin yang beramanah
Membenci rasuah
Menjauhi sikap pecah amanah
Nasib rakyat sentiasa difikirkan
Inilah yang dipuisikan oleh Usman Awang
Menentang pimpinan curang
Siang malam puisi dikarang
Menyemai semangat perpaduan kaum
Bebas dari perasaan ketuanan bangsa
Melalui pena mahu berjasa
Semoga diampunkan dosa
Oleh Allah Yang Maha Esa
InsyaAllah kekal 16 September
Sebagai Hari Malaysia
Disambut oleh rakyat sekelian
Dengan iman dan perpaduan
Dengan satu slogan
Bersatu dalam kepelbagaian
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan