Isnin, 2 September 2013

JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI 1434 H



Tahniah
AJK Surau Nurul Islamiah
Mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Eidulfitri
Hari Ahad
1 September 2013
Dijemput anak dan isteri
Dijemput juga tenaga pengajar
Kuliah maghrib dan subuh hadir sama
Bersilaturrahim disuruh agama
Mempertahankan Islam tugas bersama
Hidup di dunia bukanlah lama
Carilah pahala semaksimanya
Infakkan duit semasa tabung beredar
Lapangkan masa selepas solat Maghrib
Ada majlis ilmu
Jangan jemu-jemu
Bila berilmu
Sedarlah aqidah itu penting
Aqidah berteraskan Al Quran
Disokong kuat oleh sunnah Nabi SAW
Abu Bakar As Siddiq
Umar Al Faruq
Uthman Affan
Ali Abi Talib
Sahabat sahabat Nabi yang setia
Dijamin masuk syurga
Abdullah Saba’ lain pula
Pengasas Syiah
Pembawa gerakan pemecah belah
Ajarannya jelas salah
Tarikannya hanya muta’ah
Yakni kahwin kontrak
Taktiknya adalah taqiyyah
Yakni menyembunyikan keyakinan mereka
Terbuka luas pintu neraka
Ahli Sunnah lain pula
Asas aqidahnya
Al-Quran
As-Sunnah
Ijma’ dan Qias
Beramal dengan ikhlas
Di akhirat akan dibalas
Dengan syurga yang luas
Sedarilah
Kita semua hamba Allah
Di hari mulia
Di bulan Syawal ini
Berkata benar hendaklah berani
Contohi ketokohan Nabi
Berselawat ke atasnya setiap hari
Sambil menikmati juadah yang lazat ini
Sambil menginsafi kelemahan diri sendiri
Semoga selamat Dr Morsi


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Sept2013

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan