Sabtu, 7 September 2013

BERAKHIR DENGAN SUKACITA




Setiap perjuangan kebenaran
Berhadapan rintangan
Dari keluarga terdekat
Inilah hakikat
Mulakanlah dengan niat
Mahu hidupkan syariat
Berteraskan
Al Quran dan As Sunnah
Dapat ilham dari membaca sirah
Dihadapi Nabi dengan susah payah
Pengikut setianya Siti Khadijah
Korbankan harta di jalan Allah
Meyakini suaminya dipelihara Allah
Ikut serta Ali dan Zaid bin Harithah
Abu Bakar datang menyerah
Di rumah Arqam berusrah
Inilah permulaan perjuangan kebenaran
Ambillah pelajaran
Ikutilah kehendak Al-Quran
Mengandungi pelbagai bagai pengajaran
Sesuai sepanjang zaman
Diyakini orang orang beriman
Diyakini orang orang ikhwan
Di Mesir menghadapi ujian
Presiden Morsi digulingkan
Oleh kudeta tentera
Yang memilih neraka
Lupa firaun binasa
Di Laut Merah yang bergelora
Oleh itu setiap pejuang ambillah kira
Pertolongan Allah harapan kita
Betulkan cita cita
Betulkan aqidah kita
Dalam kubur menjadi pelita
Bersukacita
Bersukacita


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Z'kaedah1434/Sept2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan