Rabu, 4 September 2013

PUISI BERGEMA DI SURAU MADAH



Sekali sebulan
Kedengaran deklamasi puisi
Di Surau Madah Fasa A
Sri Manjung
Sastera Melayu dijunjung
Semasa Bahasa Inggeris dipuji dan dipuja
Oleh pimpinan negara
Nasihat syarikat Zionis diambil kira
Hingga nasib anak anak Altantuya terbiar saja
Dua pembunuh upahan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan
Boleh hadir di majlis pengajian
Selepas maghrib dikerjakan
Berjemaah pahalanya lebih
Bagi hamba Allah yang soleh
Dr Morsi contoh terbaik
Presiden Mesir yang digulingkan
Oleh Kudeta tentera
Dosa belakang kira
Bagi manusia berjiwa kera
Islam hanya pada nama
Ikan pelata ikan gelama
Dua jenis ikan laut
Seksa di akhirat cukup lama
Sedar bila tiba malaikat maut



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Syawal1434/Sept2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan