Rabu, 18 September 2013

PIMPINAN SEJATI DAN BERKUALITI



Puasa sunat hari Khamis banyak faedah
Penyelewengan penzalim jelas terdedah
Kroni-kroni dapat faedah
Isu Altantuya belum sudah
Boleh diulang bicara di mahkamah
Boleh tahu siapa yang bersalah
Siapa yang mengupah
Rakyat Mongolia dah menyampah
Gambar-gambar Altantuya dengan dua kekasihnya
Ada di rumah-rumah di Mongolia
Melawannya mereka lemah
Menanti kerajaan berubah
Menanti orang-orang kampung berubah
Manis rasa manisan lebah
Boleh diminum waktu pagi
Menyokong penzalim membawa rebah
Di akhirat pula tentulah rugi
Diketahui melalui majlis ilmu
Belajarlah jangan jemu-jemu
Beramal soleh jangan jemu-jemu
Kemanisan iman akan dirasai
Kenaikan kos hidup rakyat benci
Dibenci juga As-Sisi
Disanjung tinggi Dr Morsi
Presiden Mesir yang dikasihi
Rakyat yang cintakan Ilahi
Dari kalangan Ikhwan sejati
Hassan Al Banna dah lama mati
Jasanya menubuhkan Ikhwanul Muslimin tetap diingati
Inilah tanda pimpinan sejati



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Z'Kaedah1434/Sept2013


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan