1 Ikan kembong ikan yu
Boleh
dibeli dengan wang
Mari dengar perihal “Melayu”
Sajak panjang Usman Awang
2 Bakar ikan di atas bara
Selepas dijala dari kolam
Usman Awang Sasterawan Negara
Mengarang puisi siang dan
malam
3 Pergi kehutan mengutip kayu
Tiba-tiba terjumpa cendawan
Usman Awang berjiwa Melayu
Dengan orang Cinapun berkawan
4 Burung pipit terbang sekawan
Turun ke sawah memakan padi
Usman Awang benar-benar Sasterawan
Hasil puisinya kekal abadi
5 Pergi ke masjid solat berjemaah
Lepas solat dengar kuliah
Ekonomi Melayu terbukti lemah
Disebabkan pimpinan tidak
beramanah
6 Bunga ros warna merah
Darinya puisi boleh dikarang
Usman Awang begitu marah
Melihat pimpinan Melayu
curang
7 Manis rasa buah kurma
Manis juga air sarsi
Usman Awang meninggalkan nama
Melalui puisi menentang
korupsi
8 Waktu pagi makan nasi
Gulai lemak ikan puyu
Mari dengar deklamasi puisi
Nukilan Usman tentang
“Melayu’
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1434/Sept2013
Tiada ulasan:
Catat Ulasan